Monday, 25 May 2015

Husna

Hampir 10x hari ini aku tulis nama dia 'Husna'. Kenapa?

Husna ni, tiap hari aku ada kuliah dengan dia. Kebetulan jadual kami sama. Aku suka tengok dia (kadang2 je aku tengok). Aku dapat berkenalan dengan dia tanpa bantuan orang lain. Aku usahakan sendiri untuk berkenalan dengan dia. Macam mana aku dapat berkenalan dengan dia? Baca perenggan bawah.

Minggu lepas (hari Ahad), masa kuliah eko. Aku cuba cari details dia dengan menggunakan pelbagai media massa (acah2 je). Panjang dan lama gak la nak dapatkan maklumat dia sebab terpaksa buat banyak tapisan data. Malas aku nak cerita. Haha. Akhirnya, sebelum kuliah eko tamat, aku dapat details (no.tepon) dia. Hopefully no. tu available untuk whatsapp.

Next kuliah, kuliah akaun. Aku still sama kuliah dengan dia. Sebelum masuk kuliah tu ada gap 1jam. Masa gap tu la aku whatsapp dia. Then dia reply. Dan kami terus ber-whatsapp hampir tiap hari. Senang cerita setiap hari lah. Sampai la hari ini, hari ke-9. Dan sedihnya, hari ini merupakan hari pertama aku tk dpt text drpd dia, dan tak text dia. (Tak yh nak sedih sangat la). Hahaha.

Pada mula perkenalan, memang tujuan aku nak berkenalan je. Sebab apa aku pilih dia? Mesti la ada reason kan. Yang ni aku tk leh tipu. Aku suka dia. Haha (kantoi lak). Tapi aku tkde lah meletakkan high expectation kat dia. Just nak kenal2 je dulu.

Tapi sejak beberapa hari ni, lagi2 hari ni lah. Perasaan tu semakin membuak. Tambah2 tak text dia harini. Hmm. Aku tengah kawal ni. Tak mahu text dia, sebab aku tahu dia nak fokus pada final. Aku je ni yg malas sikit nak belajar. Haha.

Perlu ke aku luah/bagitahu dia? No! Aku rasa tak perlu. Sebab kemungkinan aku akan 'kehilangan' dia. Husna ni merupakan seorang gadis yang baik. Sangat baik. Lain, dia seorang yang rajin. Kalau kuliah tu, susah la nak nampak dia masuk lewat. Awal aje, kalau aku awal, dia lagi awal. Sedangkan kolej dia luar dr kampus berbanding aku, dalam kampus. Tapi gi kelas lambat. Haha. Dan yang paling penting, aku tahu dia seorang yang taat pada ibubapanya. Sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah bapanya.

Dah? Okay, pasal bapanya dah meninggal, aku tahu sendiri melalui insta dia. Ada gambar dan caption berkaitan arwah bapanya. Okay, proceed. Hmm, aku ni kalau nak dibezakan dengan lelaki lain kat u ni, aku ni kategori yang kecik (kurus). Berat 53kg, tinggi 1.66m. Yang Husna ni berbadan besar sikit. Thats ny taste. Aku suka yang chubby2 sikit, yang pakai spec fullframe, yang pakai bawal. Hahaha. Suka aku lah, dah tu taste aku.

Okay, balik pasal diri aku. Aku ni kurus, aku admit. Aku rasa faktor fizikal aku jugak merupakan salah satu sebab perempuan tak tertarik kat aku. Hahaha. Bila perasaan aku kat Husna ni semakin membuak, aku cuba control diri aku. Antara cara aku control, aku compare kan diri aku dengan mamat² lain (yang lebih bagus daripada aku), buatkan aku fikir yang Husna ni deserve to get someone that better than me. Hehehe. Tp betul lah, dengan keperibadiaan yang bagus, aku rasa dia layak untuk memiliki/dimiliki oleh orang lain. Hmm.

Tapi takkan aku nak mengalah gitu je kan? Hmm, aku takkan mengalah selagi tak dapat kata putus. Sama ada dia pun ada perasaan kat aku atau tidak. Kalau dia memang tak de dan dia tak suka aku atau apa² je la yang tak selari dengan perasaan, kehendak aku, aku let go. Tambah² lagi, kitaorang ni masih belajar. Ada tanggugjawab sebagai seorang pelajar, anak dan sebagainya. So masih jauh lagi untuk fikir pasal berpasangan ni. Hmm. Aku janji dengan diri aku, aku tkkan text dia kalau dia tak text aku. Usually, dia akan hantar sekeping gambar untuk mulakan conversation. Tapi hari ni tak :( hmm.. Takkan la aku nak text dia, mngganggu dia.

Cukuplah aku cerita setakat ni dulu. Lenguh jari menaip (pakai phone), pinggang (sambil meniarap atas katil). Thanks for read. #nurulhusna

No comments:

Post a Comment