Tuesday, 27 October 2015

PERASAAN

HATI
Hati nak kena kental
Mudah goyang ibarat dahan yang lembut
Hati jangan nipis
Mudah dicaritkan ibarat tisu yang basah

FIKIRAN
Fikiran perlu sentiasa positif
Melihat si dia bersama orang lain
Fikiran yang menentukan tindakan
Jangan bertindak dengan akal yang pendek

NAFSU
Nafsu musuh nombor 1 manusia
Nafsu perlu dikawal
Hubungan mudah tercemar dengan nafsu
Hilanglah keberkatan

CEMBURU
Cemburu cemburu cemburu
Satu perasaan yang sukar dikawal
Akan membuatkan kau berubah dalam 1 saat
Maka kawal lah perasaan cemburu


Monday, 3 August 2015

RESULT

3 Ogos. Hari ini result sem 2 keluar. Result keluar pukul 3 petang. Dari pukul 3 aku duduk tekan link untuk check result. Sampai ke pukul 7 baru aku dapat akses result aku. Betapa sibuknya dan ramainya budak UUM tengah check result dari tadi. Alhamdulillah, hasil daripada usaha aku dan berkat doa orang tuaku, kawan-kawan, pensyarah-pensyarah, aku dapat dekan untuk sem ini.

Nak jadikan cerita, si dia dah whatsapp aku masa pukul 3 (sebelum pukul 3 pun dah text), dia pun dapat akses pukul 6 lebih. Dia teruja untum tahu result aku, sebab kitaorang dah janji untuk kongsi result. Dia wish yang terbaik untuk aku, dari sega text dia aku dapat agak yang dia punya result mesti gempak. Bila aku dah dapat akses result aku, aku pun share dengan dia. Bila aku compare, jauh beza result aku dengan dia. Aku macam down la sikit. Then mula la aku keluarkan ayat-ayat kecewa berlapik. Dia pulak hilang mood. Hmm.. Sengalnya aku buat dia macam tu. Dia tengah happy dengan result dia dan dia pum happy dengan result aku tapi bila aku buat ayat nonsense gitu, dia jadi unhappy. Hmm. Haaa tak habis update. Ni aku nak pergi main futsal, balik kalau ada mood aku sambung. Alright guys.

Tuesday, 30 June 2015

Dia

Lama tak update. Exam pun dah habis. Aku rasakan exam sem ni lebih baik berbanding sem lepas. Sem lepas hancus result aku. Berbulu je tengok member dapat dekan. Nak buat macam mana, takde rezeki. Segan pun ada. Hmm. Bukan nak riak ke apa. Dalam ramai2 student dari matrik aku, yang masuk u aku ni dapat 4.0 pointer masa kat matrik, tak silap aku aku sorang je. Sekali bila final first sem, lingkup. Bukan nak salahkan final je. Mungkin carrymark aku pun tak cun. Sem 2 ni aku pulun habis. KoK pun aku tak tinggal. Hahaha. Inshaallah dapat istiqamah sampai penghujungnya.

Haa, ni aku nak cerita pasal seorang gadis yang pernah aku ceritakan dalam entry sebelum ni. Dia ni baik, anak bongsu, satu2nya anak perempuan dalam keluarganya dan mempunyai 5 orang abang. Okay, tu sedikit sebanyak intro pasal dia. Tak perlu aku cerita lebih details. Pejam celik pejam celik dah lebih sebulan kami berkawan. Yeah berkawan bukan lebih daripada tu. Hehe. Aku selesa berkenalan dengan dia, dia gelak dengan joke aku buat. Dia pun tk sangka dapat berkenalan dengan aku. Entah kenapa. Nak kata dia minat aku, mana mungkin. Aku ni apa la sangat. Haha. Tapi aku bersyukur sangat2 sebab dia sudi berkawan dengan aku.

Sekarang ni cuti sem. Kitaorg agak kurang berhubung. Tak sekerap mcm masa kat u haritu. Yela, masa kat u ada gak la topik nak dibualkan pasal study. Kalau cuti ni, bab study dah out. Haha. Aku pun busy sikit. Sibuk dengan rutin harian tidur, tidur, tidur. Haha xde la. Ada bisnes sikit. Tapi, aku akan tetapkan dekat2 pukul 11 gitu aku akan text dia. Dan habis text pukul 12 lebih sikit la. Sebab dia pun nak tido kan, aku ni je jenis burung hantu sikit. Kadang2 aku text dia dah tido. Haha. Salah aku la lambat sangat. Bukan aku taknak contact awal2, dia pun ada benda nak buat. Biasa kan pkul 9 10 orang tengok tv, spend masa dengan family.

Hmm, yang aku nak compare kan pasal dia dan aku masa kat u dengan cuti ni. Kat u pernah gak la dia yang text aku dulu. Wehhhhh mana tak happy, kalau orang yang kita suka text kita dulu. Tapi bila cuti ni, aku rasa jarang dia text aku dulu. Hmm, mgkn sbb dia faham aku busy. Tapi sebenarnya aku menunggu weyh.. Weyhhh aku tunggu.. Aku paling benci menunggu. Kalau dia pun sebenarnya menunggu text aku, wahhh terharunya dan aku akan rasa bersalah. Aku perlu mintak maaf sebab aku tahu peritnya menunggu.

Tapi nak buat apa kan, kami bukan ada apa2pun. Just berkawan. Hmm. Aku dah pesan kat dia, kalau ada apa2 roger je aku. Aku bukan busy mana. Kerap gak pegang phone. Tapi bukan contact prempuan lain okay. Aku ni jenis setia. Haha. Acah2, macam la si dia ni milik aku. Hmm, aku taruh perasaan dan harapan kat dia ni. Tapi aku tak nak melebih. Tak sanggup dikecewakan. Haha. Acah2. Bagi aku biar biasa2. Aku just tak nak gelojoh, last2 aku hilang dia. Tapi andai ditakdirkan dia bukan aku punya, satu benda aku kena faham iaitu REDHA.

Haaa, apa lagi aku nak sembang. Xde dah kot. Selamat berpuasa semua.

Tuesday, 9 June 2015

FINAL SEM 2

Assalamualaikum wbt

Dah lama tak update blog, maklumlah busy dengan kuliah, assignment dan persiapan untuk final. Hari ini (10/06/2015) merupakan first paper aku untuk final semester 2 ini, iaitu paper ecom 2 (english). Sejak azali, memang aku lemah dalam subjek english. Aku ni jenis malas study dan suka study last minit, so bila dah last tu macam2 la berlaku, nak nanges la, tension la dan macam2 lagi haha. Padan muka aku. Ingat, jangan contohi aku (study last minit). Kau ingat kau siapa leh adapt segalanya pada waktu2 akhir gini. Tadi si dia bantu aku study, suruh buat exercise bagai. Kalau tak disuruh, memang malas la aku gerak.

Nak cerita sikit, setalah seminggu lebih aku tak main futsal, petang semalam aku lepaskan rindu dekat awek aku tu which is court futsal, bola futsal apa2 pasal futsal la. Tu awek aku. Boleh pulak aku buat satu sliding block yang tak membuahkan hasil, ambik kau, seluar koyak kat bahagian lutut, lutut ada kesat terseret (pedihhh) dan jugak bahagian bawah peha aku. Perghh, penangan sliding atas court... Tambah pulak injured lagi kat pangkal peha.. Hmm. Semangat sangat. Hahaha. Ingat, main main jugak. Tapi biarlah berpada.

Hampir 3 minggu dah aku berkenalan dengan Husna tu. Hmm, aku ni nak cerita pasal final sem ke pasal dia? hahaha. Nantilah aku buat entry pasal dia. Okay guys, wish me luck.

Monday, 25 May 2015

Husna

Hampir 10x hari ini aku tulis nama dia 'Husna'. Kenapa?

Husna ni, tiap hari aku ada kuliah dengan dia. Kebetulan jadual kami sama. Aku suka tengok dia (kadang2 je aku tengok). Aku dapat berkenalan dengan dia tanpa bantuan orang lain. Aku usahakan sendiri untuk berkenalan dengan dia. Macam mana aku dapat berkenalan dengan dia? Baca perenggan bawah.

Minggu lepas (hari Ahad), masa kuliah eko. Aku cuba cari details dia dengan menggunakan pelbagai media massa (acah2 je). Panjang dan lama gak la nak dapatkan maklumat dia sebab terpaksa buat banyak tapisan data. Malas aku nak cerita. Haha. Akhirnya, sebelum kuliah eko tamat, aku dapat details (no.tepon) dia. Hopefully no. tu available untuk whatsapp.

Next kuliah, kuliah akaun. Aku still sama kuliah dengan dia. Sebelum masuk kuliah tu ada gap 1jam. Masa gap tu la aku whatsapp dia. Then dia reply. Dan kami terus ber-whatsapp hampir tiap hari. Senang cerita setiap hari lah. Sampai la hari ini, hari ke-9. Dan sedihnya, hari ini merupakan hari pertama aku tk dpt text drpd dia, dan tak text dia. (Tak yh nak sedih sangat la). Hahaha.

Pada mula perkenalan, memang tujuan aku nak berkenalan je. Sebab apa aku pilih dia? Mesti la ada reason kan. Yang ni aku tk leh tipu. Aku suka dia. Haha (kantoi lak). Tapi aku tkde lah meletakkan high expectation kat dia. Just nak kenal2 je dulu.

Tapi sejak beberapa hari ni, lagi2 hari ni lah. Perasaan tu semakin membuak. Tambah2 tak text dia harini. Hmm. Aku tengah kawal ni. Tak mahu text dia, sebab aku tahu dia nak fokus pada final. Aku je ni yg malas sikit nak belajar. Haha.

Perlu ke aku luah/bagitahu dia? No! Aku rasa tak perlu. Sebab kemungkinan aku akan 'kehilangan' dia. Husna ni merupakan seorang gadis yang baik. Sangat baik. Lain, dia seorang yang rajin. Kalau kuliah tu, susah la nak nampak dia masuk lewat. Awal aje, kalau aku awal, dia lagi awal. Sedangkan kolej dia luar dr kampus berbanding aku, dalam kampus. Tapi gi kelas lambat. Haha. Dan yang paling penting, aku tahu dia seorang yang taat pada ibubapanya. Sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah bapanya.

Dah? Okay, pasal bapanya dah meninggal, aku tahu sendiri melalui insta dia. Ada gambar dan caption berkaitan arwah bapanya. Okay, proceed. Hmm, aku ni kalau nak dibezakan dengan lelaki lain kat u ni, aku ni kategori yang kecik (kurus). Berat 53kg, tinggi 1.66m. Yang Husna ni berbadan besar sikit. Thats ny taste. Aku suka yang chubby2 sikit, yang pakai spec fullframe, yang pakai bawal. Hahaha. Suka aku lah, dah tu taste aku.

Okay, balik pasal diri aku. Aku ni kurus, aku admit. Aku rasa faktor fizikal aku jugak merupakan salah satu sebab perempuan tak tertarik kat aku. Hahaha. Bila perasaan aku kat Husna ni semakin membuak, aku cuba control diri aku. Antara cara aku control, aku compare kan diri aku dengan mamat² lain (yang lebih bagus daripada aku), buatkan aku fikir yang Husna ni deserve to get someone that better than me. Hehehe. Tp betul lah, dengan keperibadiaan yang bagus, aku rasa dia layak untuk memiliki/dimiliki oleh orang lain. Hmm.

Tapi takkan aku nak mengalah gitu je kan? Hmm, aku takkan mengalah selagi tak dapat kata putus. Sama ada dia pun ada perasaan kat aku atau tidak. Kalau dia memang tak de dan dia tak suka aku atau apa² je la yang tak selari dengan perasaan, kehendak aku, aku let go. Tambah² lagi, kitaorang ni masih belajar. Ada tanggugjawab sebagai seorang pelajar, anak dan sebagainya. So masih jauh lagi untuk fikir pasal berpasangan ni. Hmm. Aku janji dengan diri aku, aku tkkan text dia kalau dia tak text aku. Usually, dia akan hantar sekeping gambar untuk mulakan conversation. Tapi hari ni tak :( hmm.. Takkan la aku nak text dia, mngganggu dia.

Cukuplah aku cerita setakat ni dulu. Lenguh jari menaip (pakai phone), pinggang (sambil meniarap atas katil). Thanks for read. #nurulhusna

Thursday, 30 April 2015

Lagu UUM

https://m.youtube.com/watch?v=yU36jfcAa_A

Disini, saya ingin kongsikan lagu rasmi Universiti Utara Malaysia. Lagu ini sentiasa memberi inspirasi dan motivasi kepada saya untuk meneruskan pengajian disini.

Boleh la nyanyi bersama.

Let Her Go

https://m.youtube.com/watch?v=RBumgq5yVrA

Hampir setiap orang mempunyai pengalaman bercinta, sejujurnya saya juga tidak terkecuali. Pelbagai rintangan yang ditempuhi bersama, akhirnya kecundang jua.

Bercinta jarak jauh amat memerlukan ketabahan yang tinggi. Saya tewas. Saya kehilangan seorang insan yang selama ini ada bersama saya, namun beliau membuat keputusan untuk berpisah setelah kami berjauhan. Saya tidak menyalahkan dia sepenuhnya, kerana saya tahu saya pun ada kurangnya.

Berikut merupakan salah satu lagu yang saya dengar untuk mengubati 'heart broken' saya. Dengarkanlah~

Wednesday, 29 April 2015

Char Kuey Teow




GANI CHAR KOEY TEOW

Jika anda ingin tahu, makanan atau masakan apakah yang sedap dan menarik di negeri Kedah-Perlis. Char Koey Teow. Sejujurnya saya tidak gemar untuk makan char koey teow sebelum ini. Walaubagaimananpun, sejak melangkah masuk ke UUM dan menetap di negeri Kedah ini, char koey teow menjadi salah satu makanan kegemaran saya.

Selesai saya seisi keluarga meluangkan masa di Tasik Darulaman, saya membawa mereka ke Jitra (15 minit dari Tasik Darulaman). Adik-adik saya begitu teringin untuk merasai masakan ini, akhirnya kami jumpa juga satu kedai iaitu Gani Char Koey Teow. Terdapat dua jenis iaitu, Char Koey Teow Biasa dan Char Koey Teow Kerang. Jika anda datang ke sini, jangan lupa untuk merasai kedua-dua menu yang saya nyatakan.

Jemputlah datang ke Kedah. 

TASIK DARULAMAN




TASIK DARULAMAN

Tasik Darulaman atau juga dikenali sebagai D'AMAN PARK merupakan salah satu lokasi menarik yang sesuai untuk dilawati. Lokasi tasik ini bersebelahan dengan Lebuhraya Utara-Selatan, di Tol Jitra. Jika anda lalu di Tol tersebut dari arah Selatan, anda akan lihat tasik tersebut disebelah kanan anda.

Terdapat beberapa aktiviti menarik yang dapat kita jalankan disana, antaranya bermain layang-layang, berjogging, pusing tasik menaiki buggy car, dan mengayuh itik. Tasik ini juga dipenuhi dengan pelbagai kemudahan seperti tempat parking kenderaan, tempat makan dan tandas awam.

Semasa keluarga saya datang untuk melawat saya awal Februari lalu, saya membawa mereka ke sini untuk bersantai. Kami menaiki buggy car untuk pusing tasik. Untuk menghabiskan 1 pusingan lengkap tasik itu, ia memakan masa sekitar 30 hingga 40 minit termasuk berhenti di sekitar tasik untuk mengambil gambar.

Jika anda datang ke Kedah, jangan lupa untuk singgah ke Tasik Darulaman. Sekian.

PADANG BESAR




PADANG BESAR, PERLIS.

Amatlah rugi bagi sesiapa yang datang ke Perlis tetapi tidak pergi ke Bazaar Padang Besar. Bazaar ini terletak di sempadan Malaysia-Thailand. Jarak dari Universiti Utara Malaysia lebih kurang 40 km. Terdapat banyak barang yang boleh dibeli di bazaar ini, antaranya pakaian (jersi, baju-baju, seluar), makanan (kerepek, beras siam), perkakas dan lain-lain lagi.

Walaupun belum 1 tahun saya di sini, hampir 10 kali saya pergi ke Padang Besar. Saya lebih gemar untuk membeli jersi dan baju kemeja. Kadang kala, keluarga mengirim barang untuk dibawa pulang seperti kerepek, produk kecantikan wanita dan lain-lain lagi.

Jika anda datang ke sini, jangan lupa pegi ke Padang Besar. Jemputlah datang ke Perlis.

Universiti Utara Malaysia




LOGO UUM

Pada 1 September 2014, saya meneruskan pengajian di Universiti Utara Malaysia. Saya mengambil kursus Ijazah Kewangan dan Perbankan Islam. Kursus ini merupakan pilihan pertama saya semasa mengisi borang UPU selepas tamat pengajian dalam bidang Perakaunan di Kolej Matrikulasi Johor. 

Bagi saya, Universiti Utara Malaysia merupakan sebuah universiti terkemuka yang dipenuhi dengan pelbagai kemudahan khususnya untuk para penuntut. Walaupun kedudukan universiti ini di kawasan yang boleh dikategorikan pendalaman, walaubagaimanapun ia tetap menyeronokkan.

Kursus ijazah saya ini memakan masa 4 tahun. Alhamdulillah, sekarang telah masuk semester 2 dan bakal menduduki ujian akhir semester 2 pada bulan Jun ini. Doakan kejayaan saya dan teman seperjuangan saya disini. Jemputlah datang ke UUM. Akan saya bawa anda semua bersiar-siar di kawasan UUM dan sekitar negeri Kedah dan Perlis. Sekian.

I AM ARSENAL FANS




ARSENAL LOGO

Hampir setiap lelaki di Malaysia ini menceburi bidang sukan. Saya berminat dengan sukan bola sepak. Wajarlah juga saya mempunyai pasukan kegemaran saya, iaitu ARSENAL FC. Pasukan ini berpangkalan di London. Saya menyokong kelab ini seawal umur 8 tahun.

Pada peringkat awal, saya hanya sekadar menyokong dan saya jarang menonton perlawanan pasukan ini disebabkan saya juga merupakan pelajar sekolah rendah, jadi kelonggaran untuk menonton televisyen agak ketat. Sewaktu melangkah ke alam persekolahan peringkat menengah, saya sudah mula jumpa rakan-rakan yang juga meminati sukan bola sepak terutamanya Liga Inggeris. Dari situ saya sudah mula menonton perlawanan bola sepak walaupun bukan pasukan saya yang berlawan.

Sehingga kini, saya masih mengikuti segala perlawanan dan perkembangan pasukan kegemaran saya ini. Saya bercita-cita untuk pergi ke Stadium Emirates di London. Akan saya kongsikan pengalaman saya di dalam blog ini sekiranya saya berjaya pergi ke Stadium Emirates. Inshaallah.


MY BUSINESS



My Flyers


Saya berminat untuk menjalankan perniagaan khususnya perniagaan kecil-kecilan. Ini kerana, bagi saya perniagaan kecil-kecilan ini bersesuai dengan keadaan saya dimana saya sedang belajar. Dengan itu, saya memilih untuk mengambil tempahan casing bergambar.

Pelanggan boleh memberi corak yang mereka inginkan, dan saya akan print berdasarkan corak yang diberi. Sekiranya, pelanggan ingin membuat sebarang tambahan (nama, perkataan dan lain-lain), semuanya termasuk dalam harga yang telah ditetapkan. Terdapat dua jenis iaitu, backprint dan fullprint. Perbezaan kedua-dua jenis ini boleh dilihat didalam 'flyers' saya.

Alhamdulillah, saya telah menjalankan perniagaan ini hampir setahun. Macam-macam barang saya dapat  beli dengan keuntungan yang saya peroleh. Ia nampak kecil, tetapi bagi saya sudah cukup memadai. Bagi sesiapa yang berminat atau ingin maklumat lebih lanjut boleh hubungi saya di 017-2482151 (whatsapp) atau Teraju Akal (facebook). Sekian.

Wednesday, 18 March 2015

ASTRO MONOPOLY IN MALAYSIA


ASTRO LOGO

In globalize era like today, watching television is a habit to almost every individual in the world. While the amount of satellite television provider is increasing in oversea, Astro is still the one and only satellite television provider available in Malaysia with the subscriber base of 3.1 million. As a result of Astro’s monopoly in Malaysia’s satellite television industry, viewers in the country do not have the chance to choose their desired satellite television provider.

          Astro is able to monopolize Malaysia’s satellite television industry because they are the only company that gets the permission and license to broadcast by the government of Malaysia. Due to Astro’s monopoly, they have the ability to set the price of their service because they are the price maker in the industry. Being the price maker, Astro has caused dissatisfaction from their subscribers because of the high price they set with limited choice of service package to choose from. In the package the subscribers purchased, there are always some channels that they are not interested in but are made to pay for it.

            Due to the barriers to entry, it is very difficult to stop Astro’s monopoly in the satellite television industry of Malaysia. There is always a new firm fails to enter the industry because the initial investment to enter is very high. The new firm would have to purchase their own satellite which will cost them millions. Even if there is a firm that has sufficient capital for their initial investment, they still failed to enter Malaysia’s satellite television industry because of the directive of government.

            In my opinion, the government of Malaysia should give permission to new firms and encourage them to enter the satellite television industry in Malaysia to end Astro’s monopoly after so many years. If the monopoly of Astro is ended and there is more firms providing satellite television service in Malaysia, the price of the service will fall and the viewers will have more choice to choose from.