PADANG BESAR, PERLIS.
Amatlah rugi bagi sesiapa yang datang ke Perlis tetapi tidak pergi ke Bazaar Padang Besar. Bazaar ini terletak di sempadan Malaysia-Thailand. Jarak dari Universiti Utara Malaysia lebih kurang 40 km. Terdapat banyak barang yang boleh dibeli di bazaar ini, antaranya pakaian (jersi, baju-baju, seluar), makanan (kerepek, beras siam), perkakas dan lain-lain lagi.
Walaupun belum 1 tahun saya di sini, hampir 10 kali saya pergi ke Padang Besar. Saya lebih gemar untuk membeli jersi dan baju kemeja. Kadang kala, keluarga mengirim barang untuk dibawa pulang seperti kerepek, produk kecantikan wanita dan lain-lain lagi.
Jika anda datang ke sini, jangan lupa pegi ke Padang Besar. Jemputlah datang ke Perlis.

No comments:
Post a Comment