Wednesday, 29 April 2015

I AM ARSENAL FANS




ARSENAL LOGO

Hampir setiap lelaki di Malaysia ini menceburi bidang sukan. Saya berminat dengan sukan bola sepak. Wajarlah juga saya mempunyai pasukan kegemaran saya, iaitu ARSENAL FC. Pasukan ini berpangkalan di London. Saya menyokong kelab ini seawal umur 8 tahun.

Pada peringkat awal, saya hanya sekadar menyokong dan saya jarang menonton perlawanan pasukan ini disebabkan saya juga merupakan pelajar sekolah rendah, jadi kelonggaran untuk menonton televisyen agak ketat. Sewaktu melangkah ke alam persekolahan peringkat menengah, saya sudah mula jumpa rakan-rakan yang juga meminati sukan bola sepak terutamanya Liga Inggeris. Dari situ saya sudah mula menonton perlawanan bola sepak walaupun bukan pasukan saya yang berlawan.

Sehingga kini, saya masih mengikuti segala perlawanan dan perkembangan pasukan kegemaran saya ini. Saya bercita-cita untuk pergi ke Stadium Emirates di London. Akan saya kongsikan pengalaman saya di dalam blog ini sekiranya saya berjaya pergi ke Stadium Emirates. Inshaallah.


No comments:

Post a Comment