GANI CHAR KOEY TEOW
Jika anda ingin tahu, makanan atau masakan apakah yang sedap dan menarik di negeri Kedah-Perlis. Char Koey Teow. Sejujurnya saya tidak gemar untuk makan char koey teow sebelum ini. Walaubagaimananpun, sejak melangkah masuk ke UUM dan menetap di negeri Kedah ini, char koey teow menjadi salah satu makanan kegemaran saya.
Selesai saya seisi keluarga meluangkan masa di Tasik Darulaman, saya membawa mereka ke Jitra (15 minit dari Tasik Darulaman). Adik-adik saya begitu teringin untuk merasai masakan ini, akhirnya kami jumpa juga satu kedai iaitu Gani Char Koey Teow. Terdapat dua jenis iaitu, Char Koey Teow Biasa dan Char Koey Teow Kerang. Jika anda datang ke sini, jangan lupa untuk merasai kedua-dua menu yang saya nyatakan.
Jemputlah datang ke Kedah.

No comments:
Post a Comment