Wednesday, 29 April 2015

TASIK DARULAMAN




TASIK DARULAMAN

Tasik Darulaman atau juga dikenali sebagai D'AMAN PARK merupakan salah satu lokasi menarik yang sesuai untuk dilawati. Lokasi tasik ini bersebelahan dengan Lebuhraya Utara-Selatan, di Tol Jitra. Jika anda lalu di Tol tersebut dari arah Selatan, anda akan lihat tasik tersebut disebelah kanan anda.

Terdapat beberapa aktiviti menarik yang dapat kita jalankan disana, antaranya bermain layang-layang, berjogging, pusing tasik menaiki buggy car, dan mengayuh itik. Tasik ini juga dipenuhi dengan pelbagai kemudahan seperti tempat parking kenderaan, tempat makan dan tandas awam.

Semasa keluarga saya datang untuk melawat saya awal Februari lalu, saya membawa mereka ke sini untuk bersantai. Kami menaiki buggy car untuk pusing tasik. Untuk menghabiskan 1 pusingan lengkap tasik itu, ia memakan masa sekitar 30 hingga 40 minit termasuk berhenti di sekitar tasik untuk mengambil gambar.

Jika anda datang ke Kedah, jangan lupa untuk singgah ke Tasik Darulaman. Sekian.

No comments:

Post a Comment