https://m.youtube.com/watch?v=yU36jfcAa_A
Disini, saya ingin kongsikan lagu rasmi Universiti Utara Malaysia. Lagu ini sentiasa memberi inspirasi dan motivasi kepada saya untuk meneruskan pengajian disini.
Boleh la nyanyi bersama.
Thursday, 30 April 2015
Let Her Go
https://m.youtube.com/watch?v=RBumgq5yVrA
Hampir setiap orang mempunyai pengalaman bercinta, sejujurnya saya juga tidak terkecuali. Pelbagai rintangan yang ditempuhi bersama, akhirnya kecundang jua.
Bercinta jarak jauh amat memerlukan ketabahan yang tinggi. Saya tewas. Saya kehilangan seorang insan yang selama ini ada bersama saya, namun beliau membuat keputusan untuk berpisah setelah kami berjauhan. Saya tidak menyalahkan dia sepenuhnya, kerana saya tahu saya pun ada kurangnya.
Berikut merupakan salah satu lagu yang saya dengar untuk mengubati 'heart broken' saya. Dengarkanlah~
Hampir setiap orang mempunyai pengalaman bercinta, sejujurnya saya juga tidak terkecuali. Pelbagai rintangan yang ditempuhi bersama, akhirnya kecundang jua.
Bercinta jarak jauh amat memerlukan ketabahan yang tinggi. Saya tewas. Saya kehilangan seorang insan yang selama ini ada bersama saya, namun beliau membuat keputusan untuk berpisah setelah kami berjauhan. Saya tidak menyalahkan dia sepenuhnya, kerana saya tahu saya pun ada kurangnya.
Berikut merupakan salah satu lagu yang saya dengar untuk mengubati 'heart broken' saya. Dengarkanlah~
Wednesday, 29 April 2015
Char Kuey Teow
GANI CHAR KOEY TEOW
Jika anda ingin tahu, makanan atau masakan apakah yang sedap dan menarik di negeri Kedah-Perlis. Char Koey Teow. Sejujurnya saya tidak gemar untuk makan char koey teow sebelum ini. Walaubagaimananpun, sejak melangkah masuk ke UUM dan menetap di negeri Kedah ini, char koey teow menjadi salah satu makanan kegemaran saya.
Selesai saya seisi keluarga meluangkan masa di Tasik Darulaman, saya membawa mereka ke Jitra (15 minit dari Tasik Darulaman). Adik-adik saya begitu teringin untuk merasai masakan ini, akhirnya kami jumpa juga satu kedai iaitu Gani Char Koey Teow. Terdapat dua jenis iaitu, Char Koey Teow Biasa dan Char Koey Teow Kerang. Jika anda datang ke sini, jangan lupa untuk merasai kedua-dua menu yang saya nyatakan.
Jemputlah datang ke Kedah.
TASIK DARULAMAN
TASIK DARULAMAN
Tasik Darulaman atau juga dikenali sebagai D'AMAN PARK merupakan salah satu lokasi menarik yang sesuai untuk dilawati. Lokasi tasik ini bersebelahan dengan Lebuhraya Utara-Selatan, di Tol Jitra. Jika anda lalu di Tol tersebut dari arah Selatan, anda akan lihat tasik tersebut disebelah kanan anda.
Terdapat beberapa aktiviti menarik yang dapat kita jalankan disana, antaranya bermain layang-layang, berjogging, pusing tasik menaiki buggy car, dan mengayuh itik. Tasik ini juga dipenuhi dengan pelbagai kemudahan seperti tempat parking kenderaan, tempat makan dan tandas awam.
Semasa keluarga saya datang untuk melawat saya awal Februari lalu, saya membawa mereka ke sini untuk bersantai. Kami menaiki buggy car untuk pusing tasik. Untuk menghabiskan 1 pusingan lengkap tasik itu, ia memakan masa sekitar 30 hingga 40 minit termasuk berhenti di sekitar tasik untuk mengambil gambar.
Jika anda datang ke Kedah, jangan lupa untuk singgah ke Tasik Darulaman. Sekian.
PADANG BESAR
PADANG BESAR, PERLIS.
Amatlah rugi bagi sesiapa yang datang ke Perlis tetapi tidak pergi ke Bazaar Padang Besar. Bazaar ini terletak di sempadan Malaysia-Thailand. Jarak dari Universiti Utara Malaysia lebih kurang 40 km. Terdapat banyak barang yang boleh dibeli di bazaar ini, antaranya pakaian (jersi, baju-baju, seluar), makanan (kerepek, beras siam), perkakas dan lain-lain lagi.
Walaupun belum 1 tahun saya di sini, hampir 10 kali saya pergi ke Padang Besar. Saya lebih gemar untuk membeli jersi dan baju kemeja. Kadang kala, keluarga mengirim barang untuk dibawa pulang seperti kerepek, produk kecantikan wanita dan lain-lain lagi.
Jika anda datang ke sini, jangan lupa pegi ke Padang Besar. Jemputlah datang ke Perlis.
Universiti Utara Malaysia
LOGO UUM
Pada 1 September 2014, saya meneruskan pengajian di Universiti Utara Malaysia. Saya mengambil kursus Ijazah Kewangan dan Perbankan Islam. Kursus ini merupakan pilihan pertama saya semasa mengisi borang UPU selepas tamat pengajian dalam bidang Perakaunan di Kolej Matrikulasi Johor.
Bagi saya, Universiti Utara Malaysia merupakan sebuah universiti terkemuka yang dipenuhi dengan pelbagai kemudahan khususnya untuk para penuntut. Walaupun kedudukan universiti ini di kawasan yang boleh dikategorikan pendalaman, walaubagaimanapun ia tetap menyeronokkan.
Kursus ijazah saya ini memakan masa 4 tahun. Alhamdulillah, sekarang telah masuk semester 2 dan bakal menduduki ujian akhir semester 2 pada bulan Jun ini. Doakan kejayaan saya dan teman seperjuangan saya disini. Jemputlah datang ke UUM. Akan saya bawa anda semua bersiar-siar di kawasan UUM dan sekitar negeri Kedah dan Perlis. Sekian.
I AM ARSENAL FANS
ARSENAL LOGO
Hampir setiap lelaki di Malaysia ini menceburi bidang sukan. Saya berminat dengan sukan bola sepak. Wajarlah juga saya mempunyai pasukan kegemaran saya, iaitu ARSENAL FC. Pasukan ini berpangkalan di London. Saya menyokong kelab ini seawal umur 8 tahun.
Pada peringkat awal, saya hanya sekadar menyokong dan saya jarang menonton perlawanan pasukan ini disebabkan saya juga merupakan pelajar sekolah rendah, jadi kelonggaran untuk menonton televisyen agak ketat. Sewaktu melangkah ke alam persekolahan peringkat menengah, saya sudah mula jumpa rakan-rakan yang juga meminati sukan bola sepak terutamanya Liga Inggeris. Dari situ saya sudah mula menonton perlawanan bola sepak walaupun bukan pasukan saya yang berlawan.
Sehingga kini, saya masih mengikuti segala perlawanan dan perkembangan pasukan kegemaran saya ini. Saya bercita-cita untuk pergi ke Stadium Emirates di London. Akan saya kongsikan pengalaman saya di dalam blog ini sekiranya saya berjaya pergi ke Stadium Emirates. Inshaallah.
MY BUSINESS
My Flyers
Saya berminat untuk menjalankan perniagaan khususnya perniagaan kecil-kecilan. Ini kerana, bagi saya perniagaan kecil-kecilan ini bersesuai dengan keadaan saya dimana saya sedang belajar. Dengan itu, saya memilih untuk mengambil tempahan casing bergambar.
Pelanggan boleh memberi corak yang mereka inginkan, dan saya akan print berdasarkan corak yang diberi. Sekiranya, pelanggan ingin membuat sebarang tambahan (nama, perkataan dan lain-lain), semuanya termasuk dalam harga yang telah ditetapkan. Terdapat dua jenis iaitu, backprint dan fullprint. Perbezaan kedua-dua jenis ini boleh dilihat didalam 'flyers' saya.
Alhamdulillah, saya telah menjalankan perniagaan ini hampir setahun. Macam-macam barang saya dapat beli dengan keuntungan yang saya peroleh. Ia nampak kecil, tetapi bagi saya sudah cukup memadai. Bagi sesiapa yang berminat atau ingin maklumat lebih lanjut boleh hubungi saya di 017-2482151 (whatsapp) atau Teraju Akal (facebook). Sekian.
Subscribe to:
Comments (Atom)





