Lama tak update. Exam pun dah habis. Aku rasakan exam sem ni lebih baik berbanding sem lepas. Sem lepas hancus result aku. Berbulu je tengok member dapat dekan. Nak buat macam mana, takde rezeki. Segan pun ada. Hmm. Bukan nak riak ke apa. Dalam ramai2 student dari matrik aku, yang masuk u aku ni dapat 4.0 pointer masa kat matrik, tak silap aku aku sorang je. Sekali bila final first sem, lingkup. Bukan nak salahkan final je. Mungkin carrymark aku pun tak cun. Sem 2 ni aku pulun habis. KoK pun aku tak tinggal. Hahaha. Inshaallah dapat istiqamah sampai penghujungnya.
Haa, ni aku nak cerita pasal seorang gadis yang pernah aku ceritakan dalam entry sebelum ni. Dia ni baik, anak bongsu, satu2nya anak perempuan dalam keluarganya dan mempunyai 5 orang abang. Okay, tu sedikit sebanyak intro pasal dia. Tak perlu aku cerita lebih details. Pejam celik pejam celik dah lebih sebulan kami berkawan. Yeah berkawan bukan lebih daripada tu. Hehe. Aku selesa berkenalan dengan dia, dia gelak dengan joke aku buat. Dia pun tk sangka dapat berkenalan dengan aku. Entah kenapa. Nak kata dia minat aku, mana mungkin. Aku ni apa la sangat. Haha. Tapi aku bersyukur sangat2 sebab dia sudi berkawan dengan aku.
Sekarang ni cuti sem. Kitaorg agak kurang berhubung. Tak sekerap mcm masa kat u haritu. Yela, masa kat u ada gak la topik nak dibualkan pasal study. Kalau cuti ni, bab study dah out. Haha. Aku pun busy sikit. Sibuk dengan rutin harian tidur, tidur, tidur. Haha xde la. Ada bisnes sikit. Tapi, aku akan tetapkan dekat2 pukul 11 gitu aku akan text dia. Dan habis text pukul 12 lebih sikit la. Sebab dia pun nak tido kan, aku ni je jenis burung hantu sikit. Kadang2 aku text dia dah tido. Haha. Salah aku la lambat sangat. Bukan aku taknak contact awal2, dia pun ada benda nak buat. Biasa kan pkul 9 10 orang tengok tv, spend masa dengan family.
Hmm, yang aku nak compare kan pasal dia dan aku masa kat u dengan cuti ni. Kat u pernah gak la dia yang text aku dulu. Wehhhhh mana tak happy, kalau orang yang kita suka text kita dulu. Tapi bila cuti ni, aku rasa jarang dia text aku dulu. Hmm, mgkn sbb dia faham aku busy. Tapi sebenarnya aku menunggu weyh.. Weyhhh aku tunggu.. Aku paling benci menunggu. Kalau dia pun sebenarnya menunggu text aku, wahhh terharunya dan aku akan rasa bersalah. Aku perlu mintak maaf sebab aku tahu peritnya menunggu.
Tapi nak buat apa kan, kami bukan ada apa2pun. Just berkawan. Hmm. Aku dah pesan kat dia, kalau ada apa2 roger je aku. Aku bukan busy mana. Kerap gak pegang phone. Tapi bukan contact prempuan lain okay. Aku ni jenis setia. Haha. Acah2, macam la si dia ni milik aku. Hmm, aku taruh perasaan dan harapan kat dia ni. Tapi aku tak nak melebih. Tak sanggup dikecewakan. Haha. Acah2. Bagi aku biar biasa2. Aku just tak nak gelojoh, last2 aku hilang dia. Tapi andai ditakdirkan dia bukan aku punya, satu benda aku kena faham iaitu REDHA.
Haaa, apa lagi aku nak sembang. Xde dah kot. Selamat berpuasa semua.
No comments:
Post a Comment